Photobucket

25 May 2008

Mencipta Pasangan Bahagia

Di ringkaskan dari rencana majalah NONA Bil 317, Edisi Khas Lelaki.


Untuk mencari keserasian dalam kehidupan, ia sebenarnya mengambil masa untuk mengenali 'true color' pasangan masing-masing. Tidak kira samada perhubungan anda telah mencapai 5, 10, 15 atau 25 tahun, usah mengambil mudah 'zon selamat' dalam sesuatu perhubungan.

Berikut adalah tip mewujudkan pasangan bahagia untuk sesebuah perkongsian;



SALING MEMAAFKAN ANTARA SATU SAMA LAIN



Tidak kira samada anda telah melakukan kesalahan kecil atau pun besar, perkataan maaf haruslah terungkap di bibir menandakan keinsafan untuk tidak mengulanginya lagi. Apa salahnya membuang perasaan ego untuk saling memaafi antara satu sama lain. Gunalah kesempatan untuk memberi kemaafan selagi ada sebelum kekesala menjadi permainan hidup.



BERTOLAK ANSUR MEWUJUDKAN PERSEFAHAMAN



Sikap memahami dan bertolak ansur adalah penting dalam setiap perhubungan. Bertolak ansur dalam apa jua perkara dapat mengelakkan wujudnya permasalahan lain. Ia juga mampu mewujudkan suasana harmoni dan komunikasi dua halan untuk membentuk persefahaman yang berpanjangan.



BERSIFAT TERBUKA DAN BERTERUS TERANG



Berterus terang dan bersifat terbuka amat penting dalam setiap perhubungan yang berlangsung terutamanya untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga yang mungkin merenggangkan satu sama lain. Tetapi tidak semua rahsia diri dan pasangan harus didedahkan terutamanya perkara silam bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.



SENSITIF TERHADAP PASANGAN



Pelajari lenggok bahasa tubuh pasangan anda dan tidak salah kiranya kita mempunyai sedikit sensitiviti dengan keadaan emosi dan fizikal pasangan kita agar sebarang keputusan yang bakal diambil adalah rasional untuk kedua dua belah pihak. Sesekali biarlah 'body language' memainkan peranannya.




MENGHARGAI PASANGAN ANDA



Anda boleh memberikan pujian atas apa yang dilakukan oleh pasangan anda, sebagai contoh ucaplah sayang atau terima kasih. Dan, tidak salah kiranya anda ringankan tulang membantu pasangan anda dalam apa jua aktiviti. Pasti si dia amat menghargai apa yang anda tunjukkan dan lakukan.






BERI PERHATIAN



Lelaki ataupun wanita, kita sebenarnya memerlukan perhatian dari pasangan masing masing. Tak kira walau sesibuk mana, cukuplah sekadar bertanyakan khabar melalui sms untuk menunjukkan perhatian, kasih sayang dan sikap ambil berat yang mendalam anda terhadap pasangan.



DETIK ROMANTIS MELAKAR CINTA



Kenangkan kenangan manis sewaktu mula berkenalan, tika berjalan bersama berpimpinan tangan. Walau telah mendirikan mahligai bersama, alangkah romantis jika anda dan pasangan dapat berjalan bersama sambil berpegangan tangan. Sesekali ajaklah pasangan untuk makan malam romantis bersama atau mengadakan 'surprise party' pada hari ulangtahun kelahiran pasangan anda. Ingat, rasa cinta dapat dipulihkan dengan adanya interaksi kedua dua belah pihak.






UCAPKAN LAH KATA CINTA




Walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ianya sangat berharga dam mampu meningkatkan rasa cinta dan kasih dalam sesuatu perhubungan. Telefon pasangan anda dari tempat kerja untuk bertanya khabar atau sekadar menyatakan ' I love You'. Seringlah menelefon atau menghantar SMS untuk menunjukkan isi hati kamu.



URUTAN KASIH SAYANG



Sentuhan mesra anda kepada si dia menjadi penawar tatkala si dia dalam keadaan stress. Cukuplah sekadar sentuhan mesra di raut wajah pasangan dan belailah si dia tanpa implikasi seksual. Setiap kita perlukan perhatian dan kasih sayang.




INGAT TARIKH PENTING


Kepada LELAKI, jangan ambil mudah dan memandang remeh perkara ini. Ianya adalah antara perkara yang paling penting kepada si dia.

4 comments:

Anonymous said...

thanks for the invite dear.

easier said than done. Its all common sense but yet people tend to forget. Its all basic human behaviour of appreciation and love but yet so difficult to remember.

Why? because we tend to take things and people for granted. Remembering is hard work. But the reward is so fulfilling.

Don't you think so?

Day Dreamer said...

To Anonymous,

Thanks for spending ya time here. I think you understand well about e'single words here.

We can conclude it as ' never ever take thing for granted.' kan?

ladybird said...

>SENSITIF TERHADAP PASANGAN
>MENGHARGAI PASANGAN ANDA
>BERI PERHATIAN DETIK ROMANTIS MELAKAR CINTA
......malangnya x ramai kaum ADAM yg bg perhatian perkara2 begini...

Day Dreamer said...

hi ladybird,

thanks for your comment. rasanya saya setuju dengan apa yang awak cakap,cuma kdg kdg kita kena tgk lebih mendalam sbb org kita tak terdedah sgt kepada hal hal intimasi n romantika ni. mebbe needs to bagi galakan dan peluang, so e'thing will be ok kot. kan?